Monday, January 31, 2011

tipu sunat


aku bukanlah pakar agama, tapi aku hampir pasti dalam agama islam tak pernah ada istilah tipu sunat.

perbuatan sunat adalah perbuatan yg di tuntut melakukannya dan mendapat ganjaran pahala.. mana mungkin kita dituntut utk menipu dan mendapat pahala melakukannya.. dua perkara yang bercanggah.

biasanya yang di kaitkan dengan perkataan tipu sunat ini adalah situasi d mana kalo kita bercakap penar akan mendatangkan mudarat kepada org lain atau kepada sesuatu keadaan atau utk menyelamatkan diri sendiri..

jadi aku rasa istilah yang sesuai adalah 'tipu harus'..

namun, ada aku pernah mengalami situasi yg aku boleh terima ia dikenali sebagai tipu sunat.

kejadian berlaku semasa aku darjah 3.. kejadian berlaku d HKL.. sebelum pergi ke hospital pakcik aku pesan, "kalau Dr. tanya darjah berapa, ckp darjah 4 tau".. aku ingat pesan pakcik aku tu.. semasa berjumpa dgn Dr. aku berharap dia tak akan tnya aku darjah berapa, kerana aku tak mahu menipu, aku diajar bahawa tipu itu salah, tipu itu berdosa.. namun Dr. ada jgk tnya dan aku terpaksa menipu dgn mengatakan aku darjah 4.

apa yg menjadikan situasi di sini adalah tipu sunat..



adalah...



time tu aku sembang dgn Dr. yg tengah nak sunatkan aku.




Friday, January 28, 2011

gentleman


pagi tadi ada walkabout kat alor setar.. mmg dari pagi time nak pegi alor setar perut aku mcm tak best je..

memandangkan aku sampai alor setar awal, jd aku bercadang nak singgah stesen minyak mna2, pas tu bleh la aku melapsakan hajat kat toilet stesen mnyk.. smpi kat satu shell, aku pegi toilet dia tgk pintu plk tak bleh ttp rapat. hampeh..

tgh aku berjalan menuju ke kereta, tgk kat sblah shell tu ada warong mcm best je, ramai org.. aku pun pg lepak sana mkn roti 0+teh o suam.. mmg nyaman brekfest pagi2 sambil dgr pakcik2 sebelah dok bersembang2.. walaupn sbnrnya hjat nak buang, tapi aku pegi tambah plk.. hebat2..

pastu aku singgah kat satu petronas plk.. toilet cni pintu dia boleh tutup, tapi tak boleh lock plk. hampeh, lagi sekali..

lps abis keje, agak2 dalam pkul 11 lebih aku gerak balik sp.. memula aku singgah satu lagi petronas.. belum smpt aku keluar kereta, aku terkenang nasib kat 2 stesen minyak awal tadi, terus aku cencel hajat nak turun kete.. aku tak sanggup d kecewakan utk kali yg ketiga.. bak kata karam singwalia, "kampung terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yg tahu?"..

memandangkn aku akan lalu highway jd aku plan singah RnR gurun je.. dan aku yakin kali ni aku pasti tak akan d kecewakan.. smpi je sana mmg betul jangkaan.. aku berjaya melaksanakan hajat yg tak tercapai pagi tadi.. baru lega perut aku.. best!

lepas je aku cuci tgk kat singki, aku berjaln menuju ke tempat tisu utk mengalap tgn yg basah.. tetiba masuk sorg makcik.. nak kata tukang cuci toilet, tp pakai baju kurung elok je, siap dgn hand bag lagi.. dia terjengok2.. takde sorg pn tegur dia.

naluri semulajadi aku sebagai seorang 'gentelman' yg hebat lagi hensem,
tetiba aku terus menyapa makcik tu.. "kak, salah bilik air ni kak.. ni tmpt lelaki, pompn kat sana tu ha".. sambil berpura2 tunjuk kearah sana, yg mna aku sendiri tak konfem kat mana lokasi sebenar toilet pompn, sbb aku tak pernah masuk lagi.. aku membimbing dia ke arah yg benar, ke jalan yang lurus.. menuju ke toilet pompn.. sambil tu dia berkata terlajak jalan td..


bayangkan tetiba seorg awek cun masuk toilet lelaki tadi.. hmm




p/s: mmg tidak syak lagi aku seorg gentleman hebat yg menjadi rebutan makcik2 utk jadikan menantu.

Tuesday, January 25, 2011

ajaran sesat??


petang tadi time driving balik aku terdengar berita dlm radio cakap..

"JAKIM, majlis agama islam pantau sidang parlimen roh"


dulu time belajar dulu aku penah tgk cd pasal ayah pin.. ntah mana dorg dpt cd tu.. time tu terdetik kat dlm hati, mcm mna la org2 ni boleh percaya dgn ayah pin ni.. kita tgk pn dah tau benda ni sesat.. boleh d katakan bende paling basic kita sebagai org islam patut tau, Nabi Muhammad SAW adalah nabi@rasul yg terakhir. lepas dia tak akan ada nabi@rasul lain lagi..

tapi, d sebabkan kita berada d sudut pndngan org ke-3, boleh la kita ckp mcm tu.. cuba kita berada d sudut pnndngan org ke-2. maksud aku org yg d tarbiah/menghadapi ahli2 ajaran mcm ni.. aku boleh konfem, tak mustahil kita pun boleh follow ajaran yg dorg bawak ni..

aku pernah kene sekali dulu.. mmg seminggu dua tu hidup aku tak tenteram.. apa yg dorg cakap tu sebijik, tepat kene kat batang hidung, mmg betul apa yg berlaku kat sekeliling kita, mmg tak boleh nak nafikan.. ditambah plk dorg bukan ckp2 kosong je, siap tunjuk apa yg dorg ckp ada dlm Al-Quran.. kita ni yg baca Al-Quran pun setakat baca je, ntah paham ke tak apa yg kita baca tu (itu pn nasib baik kalo ada baca).. mcm mna nak betah apa dorg ckp..

memula aku dgr dorg cita sumenya betul, mcm kita dgr kuliah subuh@magrib kat mesjid.. smpi last2, dorg ckp kat aku, "aku cita ni semua bkn setakat nak ingat memperingati kat ko pasal bab2 agama ni.. ada hal yg lebih besar sbnrnya aku nak bg tau ni. kalo setakat nak dgr ceramah agama ni baik pegi kat mesjid je".. aku mula dah tak sedap hati dgr dorg ckp mcm tu.

dorg ajak aku jumpa selang 2 hari, dorg akan cita lebih lanjut.. walau dlm keadaan was2, aku g jgk jumpa dorg.. nak tau apa sbnrnya nak disampaikan ni.. aku jumpa kali ni mmg lagi open dorg cita kat aku.. kalo aku nak rumuskan, dorg ckp apa yg kita praktikkan selama ni salah. ustat2 yg jd imam kat mesjid2 tu, yg bagi ceramah2 agama tu semuanya salah. semuanya sesat. tak mengikut ajaran islam yg sebenar.

tapi apa yg dorg ckp tu semuanya ada dlm Al-Quran, dorg bukan ckp bodoh2 je.. dorg bwk terjemahan Al-Quran. tp dorg tak bwk buku, dorg bwk PDA yg ada software terjemah Al-Quran dlm tu.. dia siap bg tau aku lagi, kalo nak belajar, jgn beli "tafsir", beli "terjemah".. sbb kalo tafsir sesuatu ayat tu dah di olah, jadi kalo ko dah tau apa maksud ayat tu boleh la ko baca tafsir. kalo terjemah dia stright terjemah perkataan drpd sesuatu ayat tu sebijik2, baru ko betul2 tau apa maksud sesuatu ayat tu, lps ko tau maksud ayat2 tu baru ko boleh baca tafsir..

aku boleh katakan apa yg dorg sembang kat aku lebih 90% betul.. mmg tak boleh nak d nafikan.. yapi smpi dorg ckp yg ustat2 semua tu tak betul, dorg ckp kat aku jgn tnya ustat2 kat luar sana psl apa yg dorg bg tau aku ni.. bab ni aku dah mcm ragu2 ckit..

dorg ckp arab saudi tu bukan betul2 negara islam yg sebenar.. ada satu negara islam yg sebenar, yg betul2 mengamalkan ajaran&hukum islam 100%. kalo ko pegi sana ko akan rasa lain, akan rasa tenang je.. tapi dorg tak bg tau negara mana.. dorg ckp kat aku tak pyh dok pkir sngt negara mana tu.. tapi kalo betul2 nak tau, join la dorg.. dorg bukan ajar ajaran baru pun, dorg cuma nak ajar Al-Quran je.. sbb nabi pesan selagi kita berpegang pada sunah dan Al-Quran kita takkan sesat smpi bila2..

huh, takut doh kalo aku ingat2 balik.. tp benda ni dah lama dah, rasanya 2 ke 3 tahun lps kot.

p/s: aku kene ni bkn dgn org ayah pin, atau org al-arqam.. bukan jgk org tabligh..

Friday, January 14, 2011

cinta kuda??

masa skolah rendah dulu ada sorg budak pompuan ni..

kulit putih, anak mata dia kaler coklat, rambut dia perang2 ckit..

sekali pandang mcm ada mix org putih dia ni..

tapi dari gaya percakapan dia tak de plk mcm slang org2 melayu konon2nya nak jd omputih (boleh d dapati d bandar2 besar terutamanya d kl)..

nak kata ayu tak jgk, siap main kejar2 dgn kitaorg selambe je (maybe sbb time ni budak2 lagi kot)..

dia selalu cubit2 aku , kadang2 terasa dia mcm nak ngorat aku (perasan lebih)..
*klik play utk lagu tema
Powered by mp3skull.com


tapi aku macho.. buat bodo je..

nama dia nurul huda..

tapi kitaorg ejek dia nurul kuda..

ini kah cinta monyet?.. ke cinta kuda?..



p/s: best tak puisi aku

Tuesday, January 11, 2011

azam

penghujung tahun 2010 baru aku tersedar.. aku dah banyak mengabaikan 'dia'.. baru aku perasan rupa2nya hati dia retak selama ini semuanya berpunca drpd sikap aku.. aku yg dah semakin mengabaikan dia.. kasih sayang aku terhadap dia dah tak seperti awal2 pertemuan kami dahulu.. jadi d tahun 2011 ini, aku berazam untuk tidak mengabaikan dia lagi.. akan aku curah sepenuh kasih sayang ku terhadap dia..

semuanya bermula semenjak hujung tahun 2009.. kasih sayang aku terhadap dia semakin berkurangan.. sejak aku berkenalan dgn 'sesorg'.. walaupun sesorg lebih berumur drpd dia, tapi aku banyak habiskan masa bersama seseorg.. mungkin seseorg ini lebih matang mmbuatkan aku lebih senang bila bersama2 dgn seseorg.. masa aku dgn dia semakin berkurangan.. semuanaya d sebabkan kehadiran seseorg ini.. aku terpaksa membahagikan kasih sayang aku.. tapi malangnya aku tidak mamapu utk bersikap adil.. aku hanyalah manusia biasa, yang tak lepas dari kesilapan.. maafkan aku syg..

dan semenjak aku pindah ke sp ni.. keadaan menjadi semakin parah.. aku terus lalai.. aku semakin hanyut.. semakin lupa tanggungjawab sebenar aku.. d tempat baru ini bertemu dgn 'org baru' yg lebih cantik, menarik dan jauh lebih muda daripada seseorg, dan 2 tahun lebih muda dari dia.. walaupun d cni aku dah tak perjumpa dgn seseorg, tapi kehadian org baru membuatkan hubungan aku dgn dia semakin parah.. tanpa aku sedari, semakin hari aku semakin jauh daripada dia.. hari2 aku bnyk d habiskan dgn org baru ini.. rasanya pernah dalam sebulan aku langsung tak bertegur sapa dgn dia.. kadang2 lebih dari sebulan dia keseorangan, kesunyiaan.. maafkan aku syg..



aku sengaja tulis kat sini.. biar semua org tau.. bukan setakan org dlm malaysia, tapi org kat seluruh dunia boleh tau.. biar semua org menjadi saksi, bahawa tahun 2011 ini aku berazam.. sesungguhnya aku berazam dan berjanji.. untuk tidak mengabaikan lagi dia.. akan aku curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada dia, seperti mana yang pernah aku berikan d waktu awal perkenalan kami dahulu.. akan aku juga dia sebaik mungkin.. akan aku cuba penuhi semua kemahuan dan keperluan dia.. akan aku sayangi dia seperti aku sayang diri aku sendiri.. maafkan aku syg..


dia..
























...............









































kereta aku


rupe2nye dok bunyi2 haritu brake pad dah habis.. tggl besi je.. abis calar2 drum.. sian dia.. selama ni bejln tapak kasut dia dah haus..huhu.. sori ye syg, lps ni abg jaga syg elok2..

p/s:
'seseorg' = kereta site lama
'org baru' =kereta site skrg
'hati retak' = cermin kete retak (tak repair lagi)

Wednesday, January 5, 2011

Ciri2 Wanita yg Aku Rasakan Dia Seksi: Season 3

season 1


...

5. baju kurang... ehh silap2, kurung.
maybe sbb kalo pakai baju kurung ni nampak lebih manis kot.. banding pakai baju biasa dgn seluar jeans.. tapi kalo hari2 pakai baju kurung, pegi mana2 pun dok pakai baju kurung, lama2 hilang la keseksian baju kurung tu.. haha

6. percakapan
tadi aku terdengar dlm hotfm, "c adira ba nii".. tetiba terasa mcm sangat menarik.. terbayang2 wajah awek2 sabah yg kiut2.. haha.. mcm kat kedah ni, tersempak dgn awek cun, pastu dia cakap plk slang kedah, bertambah2 la dia punye cun!.. hehe.. mcm tu jgk kalo balik kg. jumpe awek yg ala2 perempuan melayu terakhir gitu, pastu dia ckp plk loghat klate.. adalah satu perkara yg indah untuk d pandang dan d dengar berada d depan aku.. haha

(-..-)