Friday, May 27, 2011

pelangi tengah panas



Joanna & Co-aku pelangi

Powered by mp3skull.com
(klik play utk lagu tema)

ada pelangi keliling matahari, tengah hari kat taiping tadi.. biasanya aku nmpk gambar mcm ni kat dlm buku atau news paper je.. sambil aku tgk2 gambar tu aku dok ckp dlm hati, "apa yg menarik sngt?.. biase je.." sekali tadi aku nmpk dgn mata kepala sendiri baru aku terasa sesuatu yg menarik dan luar biasa rupanya.. memula aku dlm kete ternmpk org dok tgk2 atas.. time tu dlm pukul 12 lebih, dekat2 pukul 1 dah.. time tu matahari mmg betul2 atas kepala..

skali aku tgk gamba yg aku ambik ni, nmpk mcm biasa je.. takde apa2 yg interesting pun.. haha..

lagi gambar dari internet:








nak tau lagi pasal 'sun dog' ni.. google sendiri!

Monday, May 23, 2011

jalankerja


pagi ni bangun dgn perasaan malas.. dah la badan pulak rasa tak sedap.. sakit tekak, sejak semalam lagi..

sampai opis dalam pukul 8.15++.. sampai je opis makin menjadi2 batuk, selsema aku.. d tambah dgn beresin membuatkan opismate tnye aku, "demam ke?"

cek2 email takde apa2 yg menarik, terus nak gerak g ronda2 site.. naik satu kete dgn mmber aku safety oficer.. tgh aku ondway nak g paking kete aku kat petronas tetiba fon aku berbunyi.. tgk nombor kl.. dlm hati aku ni mesti agent insuran mana2 nak offer insuran dorg.. memula rasa mcm malas nak angkat, last2 aku aku tekan jgk button hijau.

"Helo, ni encik sangkut ye?".. "Ye saya mohd sangkut".. "Sebentar ye".. "lalala (lagu selingan menunggu line d sambung"..

hmm.. ni siap ada sambung2 line ni bukan insuran ni.. mcm ofis je ni.. opis mna plk call aku ni?..

"Salam, en sangkut ye? saya daripada kompeni memang hebat sdn bhd ada tgk resume encik dalam website jalankerja.. kami ada kekosongan jawatan utk projek kami LPT di terengganu.. encik berminat ke? kalo encik berminat saya nak tnye ckit past projek encik, sbb dlm ni cuma ada current projek encik je.. blablabla"

lps je abis berbual dgn awek HR kompeni tu aku masuk dlm kete mmber aku yg dok tggu kat blkg kete aku yg dah paking tu.. sembg2 dgn dia pasal aku dapat call offer utk projek lain.. first soalan mmber aku, "brapa dia offer?".. kemudian baru d ikuti dgn pasal apa benefit dorg bagi?,, ada kete ke? elaun ada tak? medical mcm mna?.. lps tu terus call mmber aku yg kebetulan kerje kat kompeni memang hebat sdn bhd..

aku tnye mmber aku ni apa pendapat dia.. dgn yakinnye da bg tau aku.. "tak payah la sangkut, aku pun nak blah dah ni"..

tgh hari lepas lunch aku masuk opis balik.. masuk je opis aku pnye selsema, batuk, bersin makin menjadi2 balik.. tadi rasa mcm nak ok dah?.. memandangkan takde apa2 sngt nak buat kat opis, aku g klinik.. masuk bilik Dr. tak sampai lima minit, aku berjaya mendapat MC utk harini.. huh, mnyesal aku tak g klinik pagi2.. rugi setengah hari aku kat opis..

balik semula ke opis, aku bersiap2 nak balik dpt satu lagi call dari memang hebat sdn bhd.. dorg nak arrange interview sabtu ni atau jumaat ni.. aku try nak arrange mggu dpn, dorg tak boleh.. katanye sbb bos dari terengganu turun kl mggu ni.. jd kalo aku tak dpt mggu ni maybe aku akan terlepas la.. hmm.. rasanya dorg mcm desperate je ni.. rasanye kalo aku pergi mmg konfem dapat la ni.. ni yg buat aku malas nak g interview ni.. hehe

siapa2 nak jd EO kat terengganu bg tau aku.. rasanya peluang utk dapat ni agak tinggi.

Sunday, May 22, 2011

Hapuskan Air di Matamu


Hapuskan air di matamu,
puas ku pujuk rayu,
kau tetap sayu..

Leraikan bala tentera mu,
smakin kita bertengkar,
smakin rindu..

adakah ia,
satu petanda,
yg kita ditakdirkan utk bersama,
sungguh istimewa..

Hapuskan duka di wajahmu,
fikiran ku terganggu,
melihat Kau begitu,

bukalah! pintu pagar di hatimu,
jatuh dan bangunku,
hanya dengan Mu...

Laut bergelora pasti tenang!
Jalan gelap pasti terang!
jgn, bimbang, wahai sayang...


hakcipta terpelihara: Pustaka Muzik Pancasona 2010


layan lagu malam ni

Tuesday, May 17, 2011

Monday, May 16, 2011

puisi cintakan pencuri


kepada pencuri kasut futsal nike aku.. semoga kaki anda patah,

kepada pencuri baju kemeja dockers aku.. semoga badan anda sentiasa berkurap,

kepada pencuri stokin adidas aku.. semoga kaki anda sentiasa cekam,

kepada pencuri brg hantaran mmber aku(walet&talipinggang Braun Buffel).. semoga anda mandul!

~~~~~~~~~~

apakah benar doa org teraniaya akan dimakbulkan Allah SWT?

Thursday, May 12, 2011

terlalu lama memandu



selepas selesai aktiviti menapau nasi, aku pun berjalan menuju ke arah kereta.. sedang aku berjalan sambil menjinjing plastik tapau nasi aku dengan penuh sopan santun, tetiba terdengar bunyi kereta dari arah belakang..

tindakan reflek, kepala aku bergerak ke arah sedikit kanan..

aku sendiri pelik kenapa aku bergerak sedemikian?..

"hahaha..!", aku ketawa dlm hati..

rupa2nya aku nak tgk side miror..



Friday, May 6, 2011

bermula hari ini aku akan guna Ron 97


sejak dua menjak ni.. lagu-lagu yg selalu bermain kejar-kejar, dan nyorok-nyorok d antara telinga dan kepala otak aku:

dj fuzz dan aizat - di mana pun engkau berada

Yuna - Penakut

Estranged - Pengganti



p/s: dont judge book by its cover.. and support our local music industry.

Wednesday, May 4, 2011

tekanan

pada saat dan ketika ini perasaan aku adalah sangat tertekan.. tak tau kat siapa nak berkongsi.. rasanya kalo aku kongsi pun, org tak kan paham.. sbb ini perasaan aku..

akibat tekanan yang teramat sangat, tak tau nak buat apa.. semua benda nak buat d rasakan serba tak kena.. duduk tak kena, bediri tak kena, main game tak kena, minum air tak kena, nak tidur pun terasa serba salah..

sebab takde org, jadi kat sini la tempat aku cuba untuk melepaskan tekanan.. dengan menekan huruf2 d keybod laptop ini, di harap dapat mengurangkan tekanan yg tak nampak oleh mata kasar ini..

pada saat dan ketika ini aku sangat tertekan.. di harap pada 24jam dari saat dan ketika ini perasaan tertekan ini akan hilang..

semoga esok aku masih dapat menerus kan hidup ini seperti biasa.. amin..