Thursday, September 15, 2011

HUJAN EMAS D NEGERI ORANG, HUJAN BATU D NEGERI SENDIRI


Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera.


Masa aku umur 5 tahun, masa aku mula2 masuk tadika dulu.. aku pernah terfikir, menyesal sebab tak menggunakan masa sebaik mungkin semasa dok kat rumah.. tgk skrg dah tak boleh nak rilek2 kat rumah, tiap2 hari kene pegi tadika.. pukul 11 baru boleh balik.. aku berfikir sambil melihat jam yg belum pukul 11 lagi.

Masa aku  umur 13 tahun, masa mula2 aku berjauhan dgn family, masa aku stat masuk skolah asrama penuh.. sambil dok lepak atas bukit, sambil bayu laut menampar2 manja pipiku, sambil mata  memandang pantai.. terdetik d sudut kecil hati aku.. satu perasaan yg sama apa yg aku pernah pkir time aku umur 5 tahun dulu.. menyesal tak menggunakan masa dok kat rumah sebaik mungkin, skrg dah kene dok asrama, selain cuti panjang, paling kerap sebulan sekali je boleh balik.. itu pun 2 hari je (sabtu & ahad).. entah dari mana tiba2 satu suara membisik ketelinga aku.. satu semangat yg mengatakan aku tak boleh berfikiran seperti budak 5 tahun tu lagi.. daripada asyik menoleh ke belakang, aku mengalih pandangan ku ke hadapan.. aku melihat ke masa hadapan, apa yg bakal aku lalui selepas ini.. aku cuba rangkakan bagaimana perjalanan hidup aku selepas ni.. apa yg aku dapati, selepas dari saat itu.. rumah bukanlah tempat tinggal aku lagi.. rumah merupakan persinggahan aku sahaja.. lepas sekolah aku akan sambung belajar asasi/metrik, lepas tu masuk U, lepas tu kerja.. jadi dah tak ada masa utk aku d rumah.. maka sejak dari hari itu aku tak pernah pun terfikir rumah (rumah parents aku) merupakan tempat tinggal aku.

Ini bukanlah bermaksud aku dah taknak tinggal dgn mak bapak aku.. bukan aku dah tak sayang mak ayah aku.. tapi aku kena rasional.. aku kena sedar yg aku semakin hari semakin dewasa.. aku dah tak boleh bergantung kepada kedua org tua aku utk teruskan hidup.. aku kena jadi manusia.. untuk apa aku belajar bersungguh2?.. supaya mak bapak aku boleh belikan hadiah sbb dapat no.1?.. supaya balik rumah nnt boleh mintak apa2 je dgn mak ayah?.. supaya boleh jadi anak kesayangan?.. huhu.. jawapannya d samping dapat membanggakan kedua org tua, matlamat utamanya adalah utk diri aku sendiri.. supaya aku boleh terus hidup. dan kalo boleh boleh hidup senang d masa hadapan..

Nampaknya apa yg aku jangkakan mmg hampir 100% betul.. time dok kat U dulu pun aku balik rumah cuma time cuti hujung sem je.. itu pun ada sekali tu time cuti sem kene panggil balik U join kursus mengarot ntah apa2 tah, jd aku pnye cuti kejap je.. pastu time prektikel pun, aku dok dgn fmaly utk 2 3 minggu je kot? lps tu family aku pindah balik semenanjung, aku dok kat sabah sorg2 je.. dan lepas abis U aku dok kat rumah pun dalam 2 minggu je kot rasanya? Memula aku malas nak stat keje awal2 ni.. ingat nak menganggur sebulan dua dulu, pastu baru nak cari keje.. skali mmber aku tu call ckp kalo aku taknak join kompeni tu dia nak panggil org lain.. memikir kan org ramai yg dok merungut takde keje, aku plk takkan nak tolak rezeki?.. jadi aku pun terima la keje tu walaupun gaji seciput je.. dok kat rumah sewa sorg2, bwk sebijik beg kain baju.. beli tikar tidur atas tikar berbantalkan beg.. salah satu pengalaman manis yg tak dapat aku lupakan.. hehe


Sembang pasal kerja ni, esok akan bermulalah satu episod baru dalam kehidupan aku menempuhi alam pekerjaan ini.. mungkin ada mmber aku yg dah tau, mungkin jgk ada mmber aku yg tak tau lagi. Dan mungkin ada mmber aku yg tau ckit2, tapi tak tau hal yg sebebnarnya.. maka d sini dgn rasa rendah diri yg teramat sangat, aku ingin memberi tahu bahawa esok aku akan memulakan perjalanan menuju ke negeri org.. aku akan bekerja d Papua New Guinea (PNG). Satu Negara yg pada aku, aku tau kat kat sini ada org makan org.. sebelum2 ni kalo dgn PNG itu je yg terbayang dalam kepala otak aku.. aku pn tak ingat dari mana aku dapat fakta tu.. tp apa yg penting, tak pernah pun terlintas d benak fikiran aku yg mana suatu hari nnt aku akan menjejakkan kaki ke Negara tersebut.. apatah lagi bekerja d sana.. huhu..

Sebenarnya aku dapat offer secara tidak rasmi sejak awal bulan 6 dulu lagi, tapi aku tak bg tau siapa2 pun.. sbb benda pun tak official lagi, baru org sembang2 je.. Cuma ada la mmber2 terdekat yg aku bg tau.. ada jgk mmber yg aku tak bg tau pun dorg dah tau, sbb bos dorg yg offer aku.. haha.. lama2 benda mcm nak konfem dah aku ada la bg tau ckit2 mmber lain.. lately ada mmber yg dpt tau dari org lain pasal aku nak p sna, n drpd cara percakapan dorg, aku rasakan dorg mcm kecik hati sbb aku tak bg tau dorg.. sbnrnye aku bkn taknak bg tau.. sbb benda pun tak konfem lagi, jadi aku taknak la heboh2.. bak kata pepatah yg mana lebih kurang mcm ni bunyinya, ‘bunyi guruh d langait, air tempayan sudah d curah’.. jadi aku taknak la membuang air tempayan tu, hujan tak turun pun lagi.. baru bunyi guruh je.. karang tak pasal2 kene marah dgn mak sbb buang air tempayan, hujan tak turun2 jgak.. mak ckp aku membazir, membazir itu saudara saitan.. paham?.. tak paham?.. bagusss.. lagi pun, jujur aku katakana aku sbnrnye tak berapa yakin betul ke aku bleh dapat offer mcm ni?.. mcm tak caya je.. aku rasa aku ni kerje bukan la bagus sngt.. biasa2 je.. aku tgk ada ramai lagi org yg aku rasa dia kerja jauh lagi bagus dari aku.. lagi pun sbnrnye aku takut timbul perasan riak dalam diri ni.. sbb aku pnye blog ni cume ada 8 org je yg follow, jd aku anggap dgn tulis kat cni takde la aku mcm nak menunjuk2 sngt, berbanding kat fb aku ada 443 members.. sbb tu org tnye kat fb aku nak p mna aku tak nak jwb.. aku bg hint2 je.. hehe

D sbbkn aku dapat offer ni jgk la keluar karangan aku yg bertajuk ‘malang tak berbau, rezeki ada bau ke?’.. walaupun cerita karangan ni takde kenemengena langsung dgn aku dpt offer p PNG ni (mcm aku ckp td, aku taknak buang air dlm tempayan selagi hujan belum turun), tapi aku sbnrnye tajuk karangan ini lebih menjurus kepada aku masih lagi tak percaya yg aku dpt offer ni.. selain itu, karangan aku bertajuk ‘setahun sudah..’ sebenarnya ada ckit berkait kepada keterujaan aku terhadap offer yg aku mcm tak percaya ni.. cita2 yg aku target lepas zaman sekolah dulu, yg aku ckp telah bertukar menjadi angan2 akibat ketidak sampaian itu sbnrnya ialah, aku berhasrat melanjutkan pengajian ke luar Negara.. aku selalu tgk dalam paper ucapan2 raya drpd pelajar2 oversea, yg mana tiap kali aku tgk tu aku berpesan dalam diri aku, “suatu hari nnt aku akan ada kat sini”.. aku nak org tua aku bangga, anak ada jgk anak dorg belajar luar Negara.. dan setelah aku sangkakan cita2 aku tu telah menjadi angan2 rupa2nya ia kembali bersinar.. walaupun aku tidak keluar Negara utk belajar, namun berjaya ke luar Negara jgk.. dapat mencapai cita2 aku utk membuat kedua org tua ku berbangga dgn anak mereka.. terutama ayah aku, yg mana aku dpt rasa kekecewaan dia time dpt tau yg aku dpt sambung belajar kat U dalam jurusan yg dia langsung tak d jangkakan.. time tu aku pun sbnrnye sngt kecewa dgn diri aku.. tu la bnyk main time metrik.. mmber2 lain sume dpt engineer, aku?.. hmm..

Kadang2 aku masih lagi tak percaya dgn perkara yg menimpa diri ini.. dan selalu membuat aku berfikir mengapa aku?.. aku rasa aku ni kerja bkn la bagus sngt.. nak kata aku ni pandai berkata2 tak jugak.. kalo org yg kenal, aku ni tergolong dalam golongan org yg lebih bnyk berfikir dari bercakap.. kadang2 bercakap pun dalam kepala je.. namun setelah berfikir panjang, dalam masa sebulan aku menghabiskn masa kat rumah ni.. aku rasa sebab utama aku d limpahkan rezeki Allah ini ialah sbb ke2 org tua aku.. aku yakin mak aku sorg yg sngt naif. dalam hati dia takde ckit pun prasangka buruk terhadap org.. kdg2 aku rasa kalo org nak tipu dia senang2 je.. tp Allah itu maha adil, dia temukan mak aku dgn ayah aku, yg mana ayah adalah sorg yg cukup sempurna utk mak..  Doa seorg ibu terhadap anak2 dia sngt la mustajab.. mak sentiasa mendoakan anak2 dia.. jadi aku nasihatkan korg2 yg dah jadi mak jgn la terlampau marahkan anak tu kalau dia nakal.. nak marah tu mmg boleh, dan perlu sbnrnya.. tp jgn lupa doakan yg baik2, semoga dia berubah menjadi insan yg terbaik.. jgn la sesekali doa yg bukan2 utk anak2 kita(kita?)..sbb doa ibu itu sungguh mustajab.. kepada anak2 plk jgn la sekali2 terlintas dlm hati utk benci atau marah dgn mak.. sbb dlm alquran pun ada ckp, kita sebagai anak tak boleh membantah ckp mak walaupn dgn berkata 'ah' sekali pun(betulkn kalo silap).. kalo tidak jadi la si tanggang.. itu la contoh paling mudah. 
satu lagi yg aku nak ingatkan (termasuk diri sendiri), kita bekerja ini kerana Allah.. rezeki itu datang drpd Allah.. kalo tak silap aku, sesungguhnya ajal maut, rezeki, jodoh setiap org itu telah d tulis d loh mah fuz sebelum dia lahir ke muka bumi ini lagi(betulkn kalo salah).. jadi apa2 kerja yg kita lakukan kerja lah dgn ikhlas, dan niat kerana Allah taala.. kalo dah tak dpt tahan dgn bos yg perangai mcm pelik tu, baik kita cari keje lain je.. kita pergi keje dok maki2, mengutuk, mengumpat bos hari2, tak pasal2 kita dpt dosa free je tiap2 hari.. g keje pun tak ikhlas, mcm mna rezeki nak berkat.. sesunggunya rezeki itu dtg drpd Allah, n melalui tmpt kita kerja tu je.. pkir mcm tu je senang..

gambar pribumi PNG (cubaan utk menakut2kn diri sendiri)
Huh.. pnjg dah aku mengarut kali ni.. rasanya cukup setakat ini hulu.. brg2 pun tak abis packing lagi ni.. mcm yg aku ckp sblum ni (karangan sblum ni), maybe lepas ni aku akan sangat lah jarang update blog ni.. sbb atas nasihat org ramai, aku tak bwk la laptop ni.. lagi pun sbnrnye PNG ni bukan lah satu Negara yg best utk d kunjungi.. utk pengetahuan, dah mcm2 cerita aku dgr pasal PNG ni.. selain ada org mkn org.. ada yg ckp negara ni takde polis la, ada askar je.. ada yg ckp ko g kedai mkn pun, dah mcm kat kedai emas. Ada jaga siap bwk senapang lagi.. bos compeni aku sblum ni siap ckp kat mmber aku, keje kat PNG ni sngt bahaya, “u can come back in a box”.. huhu.. jadi kwn2 semua, aku harap doa korg semua mengiringi pemergian aku ke negara org ini.. moga2 penghijrahan aku ini dapat menjadikan aku seorg yg lebih beriman kepadaNya.. dapat menjadi manusia yg lebih baik drpd yg korg kenal skrg ini..

Sampai sini dulu kot?.. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.. aku g nak try tgk..

Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera. 

p/s: ini pun aku risau jgk gebang2 cite aku p keje PNG ni.. karang tgk2 keje tak sampai berapa bulan dah kene hantar balik.. huhu.. skali lagi doakan la aku akan jd best kat sna ye kwn2.

Thursday, September 8, 2011

tujuh

Selamat hari raya aidilfitri.. entah kenapa org kita sambut raya pose sampai sebulan?.. padahal sehari je.. raya haji yg patutunye kalo nak sambut lebih2 pun, itu pun takde la sampai sebulan.. hari yg boleh takbir, hari tu la hari raya..

apa2 pun, tinggal 7 hari je lagi ni.. ataupun satu minggu je lagi sebelum keberangkatan ke negeri org.. lepas ni (selepas berada di negeri org) mungkin aku dah tak berapa aktif mengbelog lagi.. sebab aku d nasihatkn utk tidak membawa laptop.. tap tak tau lagi mcm mna.. kita tak sampai lagi tempat org tu, tak tau la..

sejak 2 menjak aku berminat nak menulis karangan ni.. jika d takdirkan aku dah tak dapat mengupdate belog ni, nampaknya aku kene la kembali kepada cara yg lebih retro.. tulis secara manual. dan akan aku bukukan segala tulisan2 itu agar suatu hari nnt, apabila sudah tua kelak, nur amina dapat lah kiranya mengimbas kembali kisah2 perjalanan hidupku (pengaruh nur kasih the movie)..

dalam 7 hari yg tinggal ni, satu apa pun tak packing lagi.. huhu.. entah mcm mna la keadaan kat sana nanti?.. semoga aku dapat mengharungi kehidupan baru d tempat yg baru nnt dgn ..


Thursday, September 1, 2011

Ramadan

satu perbezaan paling ketara dalam menyambut ketibaan bulan ramadan kat semenanjung dgn kat sabah.. kat semenanjung sebelum solat isya kita dah tau samaada esok puasa atau tak, jadi kalo esok jd pose, isya' kat mesjid mlm tu konfem akan ramai org, sbb nak solat tarawih lps tu.. tapi kalo kat sabah, lepas solat isya' kita tak tau lagi esok pose atau tak. jd secara tak langsungnya tak tau lagi mlm tu ada tarwih ke tidak.. sbb kat sana masuk waktu isya dalam pukul 7.20-7.40 mcm tu (beza lebihkurang sejam dgn kl), dan biasanya pengunguman tarikh puasa dalam pukul 8 lebih.. jadi kdg2 akan terkontang kanting la kat mesjid tggu confirmation keputusan bermulanya posa.. ini mengikut pengalaman aku sambut ramadan kat kk selama lebih kurang 9 tahun.. kalo kat tawau aku tak tau mcm mna, sbb sana lagi awal waktu isya' dalam pukul 6 lebih kot rasanya.. tapi skrg tak tau la masih mcm tu atau pun tidak.. aku pun dah hampir 7 tahun meninggalkan sabah.

satu lagi perkara yg aku tau d lakukan d mesjid kg aku sja pd mlm raya.. tak tau la kalo kat tmpt lain pn ada jgk ke.. d sbbkn mlm raya dah takde solat sunat tarawih, jd mlm raya kitaorg akan buat solat tasbih berjemaah.. time aku tggl kat sabah dlu mmg tak ada.. pastu time kat sg petani pun, time mlm 1st tarwih imam mesjid tmpt aku tu ckp mlm raya akan ada takbir, tak plk sebut buat solat sunat tasbih.. amalan ni aku tak pasti sma ada kat kelantan je ke atau pn kat kg aku je?..

tahun ni aku rasa lain ckit daripada thn sebelum2 ni.. nak sambut raya pun tak berapa semangat je.. aku tgk2 gmbr lama baru perasan, time raya 2008 aku dah pakai bju melayu skrg ni.. rupa2nya dah nak masuk 4 tahun aku tak buat baju raya.. maybe bab baju raya ni org pompuan yg lagi semangat kot.. tgk kakak, adik2 aku tiap2 thn mesti berpasang2 bju dorg.. aku dgn abg aku tak pernah pn nak ambik kesah buat bju raya.. bju yg ni pun mak aku yg tempah kan, ukur ikut saiz bju melayu aku kat rumah..

tapi tahun ni aku terasa semangat nak sambut ramadan.. dan time dah hujung2 bulan ramadan (nak raya) aku terasa tak best.. rasa tak best ramadan dah nak berlalu pergi.. sesuatu yg aku tak pernah rasa thn2 sebelum ni.. org selalu ckp kalau kita kehilangan sesuatu tu, baru kita tau bertapa berharganya ia.. mungkin aku dah tau thn dpn aku tak dpt sambut ramadan mcm thn2 sblum ni.. aku dah tak dapat nak merasa solat tarawih berjemaah mcm skrg ni..

hmm.. macam2 lagi nak tulis sebenarnya, tapi tak tau nak bermula dari mana.. karangan kali ni pun dah cacamarba rupa dia.. memula dlu aku ada terfikir sepanjang bulan ramadan ni, aku nak tulis semua karangan yg berkaitan aku dan bulan posa je.. tp ntah la, mcm2 terjadi.. mungkin jugak aku perasan sibuk.. atau aku yg dok perasan sorang2..

akhir kata, dgn penuh hina diri ini ingin memohon agar segala salah dan silap sama ada zahir atau pun batin, sama ada yg sengaja atau pun tidak, sama ada bsedar atau pun tidak, sama ada besar atau pun kecil, sama ada yg lepas atau pun yg akan datang dimaafkan dan diampunkan.. sesungguhnya ketahuilah diri yg hina ini tidak pernah pun berniat untuk melukakan hati dan perasaan anda sekalian.. selamat hari raya Aidilfitri.

Assalamualaikum.